Blog

Berapakah Kos Pasang SPC Flooring?

Berapakah Kos Pasang SPC Flooring?

Apabila berbicara tentang proses pengubahsuaian ruang dalaman kediaman atau tempat kerja, pasti terdapat sebilangan yang turut membayangkan berbagai-bagai pilihan pemasangan lantai yang bersesuaian. Pemilihan yang tepat adalah wajar bagi menjamin keutuhan dan nilai estetika ruang berkenaan secara jangka panjang. Disebabkan faktor sedemikian, semakin ramai yang cenderung untuk menjadikan bahan bermutu tinggi sebagai keutamaan. Salah satu jenis bahan lantai yang dilihat mendapat sambutan hangat mutakhir ini ialah komposit plastik-batu atau stone-plastic composite (SPC).

Secara asasnya, lantai SPC terdiri daripada teras tegar yang menggabungkan serbuk batu kapur dan penstabil bagi menghasilkan struktur yang amat tahan lama dan stabil. Ada kalanya, SPC turut dipanggil lantai vinil mewah kerana ia juga boleh tercipta daripada gabungan polimer dan batu (stone-polymer composite). Terasnya terdiri daripada kira-kira 60% kalsium karbonat (batu kapur), polivinil klorida, dan bahan peliat. Komposisi sebegini yang dimampatkan membolehkannya menjadi lebih utuh dan tidak mudah berlekuk walau pun dalam keadaan nipis. Faktor inilah yang menyumbang kepada peningkatan populariti SPC sejak akhir-akhir ini. Secara tidak langsung, hal ini menjadikan harga SPC flooring semakin bersifat mesra pengguna di kebanyakan tempat.

Selain daripada teras, lantai dari jenis SPC turut memiliki beberapa elemen lain. Salah satunya ialah lapisan haus, suatu salutan akrilik jernih di atas teras yang berperanan melindungi permukaan daripada kesan kasut, calar, dan kotoran. Di Eco Floor Industries, bahan SPC kami juga mengandungi salutan vinil yang melengkapkan keseluruhan kepingan. Ciri tambahan yang bersifat memantul ini membantu mengekalkan corak, tekstur, dan rupa lantai daripada kerosakan akibat terkena air. Sesetengah kepingan SPC dilengkapi dengan lampiran lapisan bawah yang meningkatkan keselesaan di bawah kaki dan mengurangkan bunyi bising. Lazimnya, pengiraan kos pasang SPC flooring adalah bergantung kepada ukuran setiap kepingan lantai yang dikehendaki.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebergantungan kepada lantai SPC ternyata mendatangkan seribu satu kelebihan kepada para penggunanya dari pelbagai aspek. Sifatnya yang kalis air menjadikannya sesuai digunakan di kawasan yang terdedah kepada kelembapan, seperti dapur, bilik mandi, dan ruang bawah tanah. Selain itu, ia juga sangat tahan lasak dan tidak mudah terkesan dengan hentaman, calar, dan kotoran. Tambahan pula, waima lantai SPC murah sekali pun masih mampu mewujudkan rasa selesa di bawah tapak kaki tanpa mengira ruang sama ada untuk kegunaan peribadi mahu pun komersil jika dibandingkan dengan beraneka jenis lantai keras konvensional seperti jubin seramik atau kayu keras.

Sudah terang lagi bersuluh, memasang kepingan lantai dari jenis SPC merupakan suatu tindakan bijak kerana anda akan merasai keuntungan jangka panjang. Justeru, sekiranya anda berurusan dengan Eco Floor Industries, kami memberi jaminan harga SPC flooring mampu milik khas untuk anda tanpa mengetepikan soal kualitinya. Tidak cukup dengan itu, kami turut dibarisi para petugas berkemahiran tinggi yang akan menguruskan proses pemasangan dari awal hingga akhir. Mereka juga bersedia untuk membimbing anda dari segi menyelenggara dan membersihakn permukaan lantai secara berkala kerana produk kami adalah amat mudah untuk dijaga – hanya gunakan mop atau penyapu biasa, dan ia akan kelihatan cantik seperti baharu!

Sekiranya anda mengimpikan pemasangan lantai SPC murah dan berkualiti, jadikan Eco Floor Industries pilihan utama! Melalui kepakaran tiada tandingan kami, anda pasti akan menikmati penjimatan kos pasang SPC flooring yang semestinya berbaloi. Dengan 14 pilihan permukaan yang seragam dari segi ukuran, produk SPC kami adalah antara yang terbaik di pasaran semasa. Jadi, apa tunggu lagi? Kunjungi sahaja ibu pejabat utama dan bilik pameran kami di Petaling Jaya untuk maklumat lanjut atau hubungi kami untuk membuat tempahan dengan segera!

Eco Floor Industries

Author Eco Floor Industries

More posts by Eco Floor Industries

Leave a Reply